Wednesday, 13 August 2014

Cerita RAYA 2014 * 1-3 Syawal *


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  

MAAF ZAHIR BATIN


 dari kami sekeluarga..
*riang ria and gurau senda dipagi 1 syawal*


Ok,da nampakkan tema raya kitaorg tahun ni is GREEN..

Emerald Green + Mint Green. Nice isnt it?
Yeahhh..i knowww ;-)

Ok disebabkan uolss da cakap nicekann,jom nak belanja gambar raya 1 Syawal banyak2!

 
 Setting tempat dulu..farrel and kakak duduk bawah ye.. 
Elok-elok sikit posing,kot cantik bole frame besar2 gantung kat hall rumah
 

Ok..1,2,3!!Eh kakak...!kain tu...ala spoil la gambar kite..
 
 One more..one more..
Ala..sorang pandang kiri,sorang pandang kanan..aishh la anak2..



"Da la yang..kite tangkap gambar tmpt lain plak la..bdk2 ni tak suke kot dok kat tangga.."


Meh bg mama ngan papa berdua..
 Haaa..baru la cantik gmbar tu. *kejam mama korng ni*


Ok la..mari anak2 mama..tak lengkap gmbr tanpa uolls ;-)


Peaceeeee..


Ok,cukup2 la tu..meh nak cerita sikit...

Raya tahun ni turn belah emma,thats mean kteorg akan ikut ayah & ummi balik kampung memasing.. Kan meriah beraya di desa..Haruslah balik kampungkan..So,1st Syawal tu kami beraya di Parit Buntar, kampung ummi. Yg cntik tu rumah tokwan la tu..Sangat kampungkan...i likeeeee ;-) 


Sambung tengok gambar jom..
 
  Ni gambar kami sekeluarga dengan ayah & ummi

Add on adik on the picture (bawah paling kiri)


Jom jalan raya pusing kampung..






Mari sejukkan mata tengok gambar kami..ngeee

 Kami bertiga baju satu kayu..TQ ummi selaku our tailor.

 Anak beranak yg sgt suweet..kan,kan??

Family ni lg suweet muweet...
Indahnya pemandangan kampung!


**********************************************


Then esok paginya,raya ke 2 kami bergerak ke Bagan Datoh..
Kampung ayah la pulakss..

 Tema untuk raya ke 2, as what you see..red + purple!

Ni sebelum nak bergerak ke Bagan Datoh, bergambar kenangan dengan tok wan..Bye tokwan,jumpa raya tahun depan plak..



Ok,otw nak ke Bagan Datoh tu,singgah menyinggah rumah sedara mara and sahabat handai. Nama pun rayakan.. kunjung mengunjung jangan dilupakan..







 Sampai umah Opah pun da malam. Memasing penat dan silalah beramah tamah dengan sedara mara yang jumpa setahun sekali waktu raya tu..

*teruk kau kann..waktu raya baru nak jumpa sedara*


**********************************************

Raya ke 3 di Bagan Datoh..

Still sedondon theme with green + fuschia pink






 
 


Pagi 3rd raya ni kami da nak bergerak balik ke Bidor pulak..

Tak sabar nak beraya dengan mentua ;-)


Ini saja cerita raya kami sekeluarga, kami dengan rasa rendah diri menyusun 10 jari ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kesalahan sepanjang perkenalan.

Monday, 11 August 2014

Susu kambing pilihan terbaik selepas susu ibu


Memandang susu mama drop since pregnant ni and stok bekalan susu utk farrel ke taska pun semakin kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,mama terpaksa utk cari alternative lain utk topup susu untuk farrel.

Kalau dulu sekali pam mama dpt hasil 2 botol (4oz) but now sekali pam,mama only get 1-2oz saje..kna 2-3 kali pam bru bole dpt hingga 4oz.So cmne mama nak maintain stok bekalan farrel di taska?Memang tak terkejar da..Maafkan mama sayang.

And kali ni mama decide nk start utk introduce farrel dengan susu yang nearest with susu mama,which is susu kambing. Kenapa mama cakap susu kambing susu yang paling menyerupai susu mama?because....



  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.   
  •  Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
    *Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
    *Membolehkan penggumpalan darah
    *Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
    *Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
    *Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
    *Mengawal degupan jantung
    *Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
    *Menyingkirkan toksin dalam kolon
    *Menurunkan tekanan darah
    *Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
    *Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekananTrace Mineral - *Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Banyak lagi kebaikan susu kambing berbanding susu lembu :



  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
        > Protein 2.1 kali ganda
        > Kalsium 2.2 kali ganda
        > Zat Besi 2.0 kali ganda
        > Potasium 2.1 kali ganda
        > Vitamin A 3.8 kali ganda
        > Garam Galian 2.0 kali ganda
        > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu


*Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.

*Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.


"Yang terbaik dari yang baik utk anak-anak mama!!"

PUASA - Pregnant & Breastfeed in one time


Alhamdulillah..

Tahun ni emma berjaya penuhkan puasa even dalam keadaan masih fully breastfeed farrel and pregnant at early 2nd trimester.



This is my first time la berpuasa dengan kedua2 keadaan,sebelum ni only during pregnant and last year baru lepas pantang and menyusukan.

Apepun,itu bukan penghalang untuk tidak berpuasa. Allah bagi kekuatan luar biasa even berpuasa dlm keadaan menyusukan,pam waktu ofis and pregnant..balik rumah still boleh masak untuk berbuka..Alhamdulillah!

Perkara yang sedikit menyedihkan is once pregnant,production susu mama drop sangat2 utk stok bekalan farrel..ape yg mama buat is keep pumping,power pumping,tandem nursing and try harder utk banyakkan balik susu..Tapi susu still tak dapat banyak macam before pregnant.. 

During puasa ni pun mama tak give up untuk terus pam utk bekalan farrel. "Its not about quantity but quality". Selagi susu ni mengalir mama akan tetap bekalkan untuk farrel.

Puasa and pregnant bukan alasan untuk mama stop breastfeed farrel.

MMU STAR 2014 - Group Masyhur berdikir puteri


..Ni cerita tanggal 25 June 2014..

Ehemmm..

Nebes ni nak cite..
 Tp kena cite gak,takut kang korang terkujat2 tengok sedap sgt sore penyanyi dlm video tu.. *ahahaaa*

Actually during screening session,emma ni takat2 org kate "penyeri" giteww..berdikir je ats stage tu. And when go to final,judges comment to add on singer to our performances..*not singa ye,klu singa i mmg sesuweii sgt * Jenuh la our team dok carik spe yg sudi and sanggup utk menyanyi..noone,nobody and no,no,no..sume org xnak!!and ofcoz myself pun mmg tak kan nak..kejadah sgt nk menyanyi ats stage depan org ramai...

And sampai ke rehearsel utk real event which is final,still xde org utk menyanyi and bile rehearsel kiteorg sedar sgt yg performance group kteorg mcm bosan sgt without penyanyi..we have to do something!! 

And for myself actually i said 'i have to do something'!
and yes..!im willing to be a singer..ohnommnommnomm


Plz imagine ye,final performance is tommorow and only today i decide utk sanggup menyanyi ats pentas tu..omg!omg!!xtau la time decide tu emma dlm keadaan waras atau tak.."how dare you emma...volunteer to be a singer??!!"(kata hati kecilku)..Ahhh,belasah je la..Just go with the flow......lalalaaaa.....


And you know what..yang ramai org tak tau is im on my early stage pregnancy,3 months...actually pada asalnya diaorg suruh emma menari and i refuse because of my pregnancy..takut mengah,penat and so on..last2 hamek ko..menyanyi adn menari sekaligus.."hebatzzz mama.. kata baby on my tummy" 

And because of that la emma taknak amek risiko utk menyanyi live..Gile ko..sekali kuar sore mengah teresak2 tak cukup napas,mana nak letak muka lepas tu??biar lah kite confidence menyanyi with our voice tp dlm keadaan microfon off..ahahaa..only people on the stage je dengar sore mendayu2 i tu..auwwwww!


Ok,malas nak cite byk2 sgt,korang pun tak sabarkan nak tgk show tu..jom..jom..!! 






Monday, 4 August 2014

Farrel turn ONE already!!


Fuhh..fuhh..
Kasi sembur habuk dulu.. *peaceee*

19 May 2014
1st birthday of my lil boy Mohamed Afham Farrel..


Alhamdulillah..

Di usia Farrel setahun ni apa yang membanggakan mama adalah Farrel masih sepenuhnya menikmati susu mama yang enak,lemak dan berkrim.

Dan.............

Genap setahun Farrel jugak la,mama dpt tahu mama conceive and Farrel bakal dapat adik!!Yeayyyy!

OPSS..Farrel tak happy sgt ye..??
Ok,tak pe sayang,selagi ade kudrat mama,susu mama akn tetap untukmu..walaupun terpaksa berkongsi dengan adik nnt..mmuahhhhh kt Farrel.

Ok,back to birthday story...

 Birthday cake designed by mama..gitewww!


 Farrel da pk masa depan tu..


 Happy birthday to you..happy birthday to you
Happy birthday to Farrel
Happy birthday to youuuuuu..


Mama love ketat2 kakak fina & farrel


 Birthday boy mama & papa.

Buat Mohamed Afham Farrel..

Semoga menjadi anak yang soleh,
yang membanggakan mama dan papa!!

Friday, 18 October 2013

Susu free buat anak-anakku


Salam,

Alhamdulillah, rezeki Allah yang tidak ternilai buat mama untuk anak-anak mama.


Stok susu mama untuk Mohamed Afham Farrel

--------------------------------------------------------------------------------

Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.

Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",


Faedah Penyusuan Bayi

  • Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema
  • Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi
  • Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu
  • Mencegah dari penyakit rabun malam
  • Mencegah bayi dari mendapat alahan
  • Menggelakkan taun
  • Menggelakkan jangkitan telinga
  • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.


Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

  • Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

  • Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

  • Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

  • Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

  • Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

  • Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

  • Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

  • Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

  • Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

  • Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


--------------------------------------------------------------------------------

Mama mula buat stok untuk farrel 2 minggu sebelum mama start kerja. Kalau ikutkan mama da tak tahan nak tahan-tahan dari pam sebab susu sangat laju and memancut2, farrel selalu marah time menyusu..Kalau pam pun untuk diminum terus dalam tempoh 4 jam selepas dipam.

Pengalaman menyusukan kakak fina,stok mama tak banyak,pam harini untuk stok esok / lusa..sebab time tu peti ais 1 pintu je,stok paling lama hanya boleh 2 minggu jek dlm freezer.Tu yang tak berkobar nak buat stok. and walaupun macam tu, alhamdulillah mama berjaya fully breastfeed kakak fina sampai 1 tahun 3 bulan sahaja. Frust jugak sebab tak dapat full sampai 2 tahun,tapi disebabkan susu mama da tak terkejar nak buat stok and bila pam smpi luka2 nipple..mama jadi lemah and mula campurkan dengan susu formula..mama da cuba buat yang terbaik kakak..maafkan mama!

Thats why mama nekad nak upgrade peti ais 2 pintu (sebab stok susu boleh bertahan sampai 3 bulan) untuk kumpul stok banyak2 supaya penyusuan sepenuhnya sampai 2 tahun berjaya!!InsyaAllah..AMINN ;)



Friday, 11 October 2013

Berpantang ceasarian vs normal


Salam,


Sejak da merasa bersalin normal ni,ramai yang tanya emma..

" camne bersalin normal?best x?" 
wahhh..best sangat 'wa cakap sama lu'..xkan tergambar dengan kata2..hanya Allah je yg tahu!


"normal & czer mana yg lagi sakit? "
Normal and czer sbenanye masing2 ade pro & con nye..meh2 emma share dari pengalaman emma sendiri!Nak tau mana best, mana xbest,try la..ahahaha



Bersalin secara czer : 




Tak sakit langsung masa proses nak kuarkan baby tu sebab doktor da bius sesiap separuh badan,tapi emma dalam keadaan sedar..Time tu bole la sembang-sembang gossip artis dengan nurse.. Tapi yg azabnye adalah selepas bius tu hilang..omaigoddd,menggigil-gigil nak jalan pergi toilet and wajib en hubby teman sampai dalam toilet!! 

Lagi satu time nak susukan baby.. seslow emma cari part terbaekkk utk elakkan tekanan kepada tempat jahitan. Kalau tak kuat bole give up rasenye untuk menyusukan baby sepenuhye..and alhamdulillah Allah bagu kekuatan utk emma susukan baby sepenuhnye..selalunye emma akan pam dulu susu sikit untuk mengelakkan baby menangis tak sabar sebab nak susu..sebab agak susah nak menyusu dengan selesa time memula pas kena bedah tu..so,bagi botol lagi senang wat sementara hilang sakit jahitan tu..

Luka jahitan tu pulak kena sentiasa kering agar tiada berlaku jangkitan atau masalah "jahitan terbuka"...Lepas mandi jek,berjemur depan kipas utk keringkan bebetul jahitan tu..Bertungku,berbengkung memang takde la..berurut pun lepas 3-4minggu pas tu..takut wooo..kena pandai cari bidan sebab urut ceasarian ni lain sikit..salah tekan/tarik terbukak jahitan kan masakkk...oucchh!




Bersalin secara normal : 




Sakitnya hanya Allah yang tahu masa proses baby nak keluar tu..oh anak!!!. Bila da keluar jek,fuhhhh..hilang segala sakit yang tak tergambar tadi tu..time doktor jahit pun tak rasa apa da sebab otak  kite da set sakit time baby nak keluar tu..

Penjagaan dalam pantang pun,slumber and steady jek..cewahhh!Yang penting, pantang makan bebetul untuk elakkan gatal-gatal..Kan susah nak garu kalau da gatal mengenyamm..ahahah.Part paling best adalah menyusukan baby,tak sempat baby nangis nak susu,mama da sua da..Nah anakku..bismillah!!

Berbengkung and bertungku adalah amalan wajib setiap hari..Berbengkung pastinye dengan Premium Beautiful kann..And berurut terus untuk melegakan sengal-sengal badan masa sakit-sakit nak bersalin tu..


Terima kasih ibu mentuaku Mariyani sebab menjaga kerenah menantumu ini selama tempoh berpantang ceasarian & normal!

*Walaupun ade kadang2 menantumu yang nakal ni curik2 minum ais and langgar pantang seskit..ampunnn!*